Sunday 24 October 2021

Gamuda Garden, Elmina & Al Rawsha.

Perjalanan diteruskan dari Ipoh kami singgah menghala ke Gamuda Garden yang terletak di Rawang. Kawasan ni kawasan baru dan dengan ada bayak tarikan yang dibuat.


Gamuda Garden


Ada tempat riadah, kolam, waterpark Xploria, kedai-kedai makan, horse riding, basikal  dan lain-lain.Aktiviti berkeluarga boleh la sapa yang nak bawak keluarga pi mari sini. Cantik pemandangan.





Elmina

next, kami singgah di Elmina sementara nak balik ke Shah Alam. Kat sini terkenal dengan rainbow bridge port orang bergambar. Sini pun ada taman. Kami sekejap aja sebab panas lit lit ni..mata tak leh nak buka.











Restaurant Al Rawsha, Seksyen 7 Shah Alam.

Cadangan awal nak pergi ke kafe Pink yang terletak di Seksyen 3 sebab macam menarik aja kafe tu. so kami sampai la ke sana..tapi macam tak kena aja makanan yang nak makan. ..maybe lain kali...so kami bergerak la ke sini. Kami memang fan nasi arab ni dari kecik hingga ke umur yang paling tua.






Pilihan Cik Mai tak lain tak bukan Chicken Mandy la..sebab tak makan daging.


Yang lain pilih Mangoat 


dan kebab pun ada.......ada yang tak nak makan nasi........


Service kat sini memang bagus, tempat yang luas dan makanan pun memang sedap. harga ni ikut la makanan apa yang makan..banyak order banyak la kena bayar.






Lain-lain tu, video boleh tengok kat instragram @maimeorhasan atau boleh tengok #themeorMH atau #foodhuntingcikmai #mehtravelwithme


Ini la kafe Pink tu..maybe next time kami pi sini.........











No comments:

Post a Comment