Sunday 17 October 2021

The Journey of Muhammad PBUH- Tanam Seni Islam Shah Alam

Today ...ambil masa melawat The Journey of Prophet Muhammad. Pameran yang menceritakan sirah Rasulullah dari kelahiran hingga wafat. Cik Mai dapat info ni sebab semalam saja la tengok apa yang menarik di Shah Alam ni.  Rupanya banyak tempat dan aktiviti menarik kat Shah Alam ni. Salah satunya Taman Seni Islam ni...Cik Mai fikir kalau nak ikut Jejak Rasul pi merata dunia, jenuh nak keluar duit yang banyak. Walaupun dah ke Saudi 2 kali tapi tak salah kita mengingati perjalanan hidup Rasullulah.

Lepas lunch di O..Ochird Bistro Aeon Mall terus aja la kami ke sini. Bayaran masuk RM15.00 untuk orang dewasa. Suram aja tempat ni, tak ada orang.





Bahagian Dalam

Cik Mai suka art ni..cantik




bermula di sini....



tunjuk arah plan pameran...luas tempat ni


Assalamualayka Ya Rasulullah...
Replika kawasan Rasulullah bertemu Halimatun Sadiah..






Cerita kisah Rasulullah mengembala kambing pada usia 8 tahun


Ali warga Kenya yang fasih bahasa Malaysia..kami boleh faham la apa yang dia cakap.



bermula la kisah Rasulullah berhijrah , berdagang dan berjumpa Siti Khadijah.







Selain itu, ditayangkan video berkaitan dengan kelahiran Nabi Muhammad pada Tahun Gajah. Juga perjalanan Israq Mikraj Rasulullah ke Sidratul Muntaha dari Mekah, Madinah, Baitulmuqadis selepas kematian Abu Talib dan Siti Khadijah. Masa ketika itu, Nabi berasa amat sedih.



Tengok batu-batu ni teringat tapak Masjid Hudaibiyah yang hanya tinggal batu-batu macam ni.




Masjid Quba, sesiapa yang bersoalat sunatdi masjid ini pahalanya seperti mengerjakan umrah. Masha Allah besar pahalanya. Cik Mai dah sampai ke Masjid Quba ni 3 kali.



Masa Cik Mai pi umrah ada melawat kawasan depan Masjid Quba dan tempat ni masih ada. Tempat Rasulullah bersolat di celah-celah pokok tamar yang beratap daun kurma ni. Nama kawasan tu sekarang adalah Telaga Iziq yang merupakan kawasan subur.


Masjid Nabawi


Rumah Aisyah R.A. Tersentuh hati bagaimana Rasullulah wafat dalam dakapan Aishah. 


Gua Thur...



Replika rumah Rasullulah.


Sandal Rasululah



Kalau tengok rumah ni...ruang solat dan bilik berpisah..tidak disekalikan.







Bahagian Dapur



Cincin replika milik Rasulullah





Kisah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah dalam perperangan



Hamzah Al Walid - Singa Allah











jenis-jenis tamar yang ada di Mekah dan Madinah



Last call..bergambar di photo booths





Wafatnya Rasullulah...
  • Menjelang hari terakhir usia, Nabi Muhammad SAW jatuh sakit. Beliau juga tidak mampu menjadi imam solat berjemah seperti yang biasa ia lakukan. Selepas mengumandangkan azan, Bilal bin Rabah menjemput Nabi di rumahnya.

  • Sesampainya di rumah Nabi Muhammad SAW, ia melihat Baginda Rasul sakit semakin parah. Nabi pun meminta tolong kepada sahabatnya, Abu Bakar, untuk menjadi imam solat berjemaah menggantikannya.

  • Seiring berjalannya waktu, Nabi Muhammad SAW semakin merasakan sakit yang luar biasa. Kemudian Allah SWT memerintahkan malaikat maut menemui Rasulullah SAW di rumahnya untuk bertamu.
  • Malaikat tersebut menjelma sebagai seorang laki-laki yang membawa pesan dan perintah Allah SWT. Pesan dari Allah SWT untuk malaikat adalah masuklah ke rumah jika dipersilakan masuk oleh Nabi, tetapi jika tidak dipersilakan maka ia harus pulang. Sesampainya di rumah Nabi Muhammad SAW, malaikat mengetuk pintu. Nabi pun mempersilahkannya untuk masuk. Beliau mengetahui sosok laki-laki yang memasuki rumahnya adalah malaikat maut yang sedang menjalankan tugas dari Allah SWT.
  • Nabi Muhammad SAW pada saat itu sedang di rumah bersama istrinya, Aisyah RA. Nabi memohon kepada malaikat agar rasa sakit akibat dicabutnya nyawa dilimpahkan kepadanya semua. Beliau tidak ingin para umatnya merasakan sakit yang luar biasa ini. Sungguh mulia hati Rasulullah SAW. Beliau sangat mencintai para umatnya sampai hingga akhir ajalnya masih memikirkan dan mengkhawatirkan umatnya.


Rasullulah dilahirkan 12 Rabiulawal Tahun Gajah dan wafat pada umur 63 tahun.


Semoga sesiapa yang menbaca blog ini, dikurniakan Allah rezeki untuk menjadi penziarah Rasulllah nanti. Cik Mai juga berdoa semoga Allah menjemput Cik Mai untuk mengerjakan haji pula lepas ini dan dapat menjadi penziarah Rasullulah lagi dan bertemu di Raudah lagi. Amin. Insha Allah.



No comments:

Post a Comment