Esok hari Deepavali so macam biasa la ..a day before apa-apa perayaan mesti cari rumah lain sebab takut terkejut dengar bunyi mercun.. kali ni adik Cik Mai pilihkan Mercu Summer Suite KLCC untuk lepak dengan mak. Ok jer..
Sampai malam tapi kunci dah ambil awal. Murah juga sebab book tru airbnb.
Mak Cik Mai ok jer dah biasa ikut siri Meh Trevel With Me kami ni..dia tak pernah complain..cuma katanya sejuk ..yea la..kami kat Level 23A so angin malam ni nyaman buka aja sliding door.
Nak review sikit studio ni..ok la 4 orang boleh tido sebab ada 1 queen bed, 1 extra single matress dan 1 sofa bed. Kitchen ada fridge, microwave, mesin basuh with dryer dan basic need yang lain.Perouk nasi hang pa bawak la sendiri la kalau nak. Cik Mai tak reti nak guna dapur dia ni ..hahaha..
Day 2..
Morning KL...hari ni tak da plan ke mana just relax and rest...Hari ni pun Deepavali..
Saja ler ambik gambor ..apa lagi nak buat.
Cik Mai nak pi tengok kolam akuarium dia di Level 11. Sini all security system card..kena turun Level 1 then go to Level 11.
Alamak..tingginya kolam..apuih Cik Mai ni..had kepala jer nih...but very nice view.Kolam ni buka pagi till 10 pm .Okla tu berbaloi bayar murah then boleh guna banyak fasiliti sini. Depan ni ada bilik-bilik boleh sewa untuk meeting.
Cantik gak sculpture yang ada..simple dan moden.
Level 1 ni ada cafe, pasaraya and mynews. Oklah tak susah nak pi jauh-jauh. Cafe in House ada Asian food.
Malam lak...
Day 3
Before check out ...
Boleh tengok video dalam ig @maimeorhasan
Meh Travel With Me
No comments:
Post a Comment