Friday 10 April 2015

My Myvi Mylo!!

Alhamdullilah !!

Hari ini bermula dengan kehidupan baru dengan membawa title Wanita Bermyvi Mylo!! hahahahhaha.....dari kereta kecil hingga Power Of Dream.....lepas tu tukar lagi...this No 6 dah.....namun mencuba sesuatu yang baru.....menarik dan adventures......yang pastinya.......... sure Awesome!!

Thanks pada Herman, Wakil Perodua DMMS, Dataran Dwitasik Bandar  Tasik Permaisuri dan Farizi Bohari, Panel Perodua sebab memberikan khidmat yang amat bagus dan memuaskan sekali ....dan ada gifts....Again Thanks guy!! Sapa-sapa nak beli Perodua dan tread in keter leh cari depa nih...


My Myvi Mylo..Promo sikit ....








Ku lihat hijau................


Dari meja pengarang................


Bila kita tukar kereta......pastinya warna adalah elemen penting....pastinya ada yang tertanya-tanya kenapa ler ambik warna ijo....warna mylo!! hihihihi.....susah nak jawabkan sebab satu yang subjektif..........pasti setiap pekara itu ada sebab dan musababnya......hihihihi....mengimbas kembali sebelum ini......bila nampak warna ni terus jatuh suka...seem like anugerah dari Allah sempena hari jadi........memberi perasaan dan  hawa kehidupan yang baru serta  perasaan yang hebat...


Apa-apa pun....i like...Thank you Allah....Love Allah.

Dikongsikan bersama....................
(Dipetik dari web studiokini)

Hijau merupakan warna yang cukup sinonim dengan agama Islam. Keistimewaan warna hijau bukan sekadar bicara di bibir malah ia tercatat dalam al-Quran dan hadis.

Ada banyak perkataan hijau di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

“Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar Yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani Yang sangat indah” 

Surah Al-Insan : Ayat 21
“Mereka di Dalam syurga memakai pakaian HIJAU Yang diperbuat dari sutera Halus dan sutera tebal serta mereka dihiasi Dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka Dengan sejenis minuman Yang bersih suci”

 Surah Al-Kahfi : Ayat 31
“Mereka itu, disediakan baginya syurga Yang kekal, Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka Dihiaskan di dalamnya Dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian HIJAU dari sutera Yang nipis dan sutera tebal Yang bersulam; mereka berehat di dalamnya Dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). demikian itulah balasan Yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya” 

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman, tenang & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak.

Sumber: Kitab: Ma’a Al-Thib fii Al-Qur’an Al-Karim, Dr. Abdul Hamid Diyab, Dr. Ahmad Qarquz, Mu’assasah Ulum Al-Qur’an, Dimasyq.



dan lain menyatakan...........................
(dipetik dari Khalifah Sains)

Annas bin Malik mengatakan, "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau"

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya sesudah putih."

Dunia ini cantik dan hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah dan Allah mengamati apa yang kamu lakukan, karena itu jauhilah godaan wanita dan dunia. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israil adalah godaan kaum wanita. (HR. Ahmad)

Para syuhada di lembah (tepi) sungai dekat pintu surga dalam bangunan berkubah berwarna hijau. Rezeki mereka datang dari syurga setiap pagi dan petang. (HR. Al Hakim dan Ahmad)

Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat-istirahat yang indah (Al-Kahfi 31)

Apakah kamu tiada melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Al Hajj 63)

Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya (Ar Rahman 64)

Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. (Ar Rahman 76)

Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (Al Insan 21)



Jangan kita lupa............Hablumminallah dan Hablumminannas!!

Jalan-jalan naik myvi mylo!!








No comments:

Post a Comment