Saturday 30 July 2016

Masjid Raya An-Nur, Pekan Baru

Subahanallah........cantiknya masjid ini..tidak terucap dengan kata-kata bila saya melihat senibinanya...yea hampir sama dengan rekabentuk Taj Mahal India..dikhabarnya Masjid ini diberikan jolokan Taj Mahal Sumatera yang terletak di Jalan Syehk Buhanuddin, Pekan Baru.



Alhamdulilah.....Thank You Allah kerana mengerakkan hati  dan menerbangkan saya ke sini..saya rasa saya seorang yang bertuah....saya memang beritahu pada Uly..yang saya ingin melihat masjid ini siang dan malam ..selain saya ingin bersolat di dalamnya.




Sedikit sebanyak tentang Masjid ini...melalui research yang telah dijalankan oleh warga google website 1001.malam, telah dibangun pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1968. Kalau ditengok  dari segi  bangunannya, Masjid Raya An-Nur ini ada banyak mendapat pengaruh dari gaya senibina  Melayu, Turki, Arab dan India.



Kalau kita amati  Masjid Raya An-Nur memang memiliki beberapa kesamaan dengan Taj Mahal. Rekabentuk masjid ini dikaborkan dulu dirancang oleh Ir. Roseno dengan ukuran 50 X 50 m yang terletak dalam satu pekarangan yang luasnya 400 X 200 m yang dapat menampung sekitar 4.500 orang jemaah. Bangunan Masjid ini juga terdiri dari tiga tingkat yang mana Tingkat atas digunakan untuk solat dan tingkat bawah untuk pejabat dan ruang mesyuarat.



Terdapat 2 buah tangga, 1 buah tangga di bahagian muka dan 2 buah tangga di bahagian samping. Di bahagian atas terdiri dari 13 buah pintu dan bahagian bawah terdiri dari 4 buah pintu dan mempunyai kamar-kamar yang besar dan sebuah aula.





Dimaklumkan  tulisan kaligrafi yang terdapat dalam ruangan masjid ini ditulis oleh seorang kaligrafer bernama Azhari Nur dari Jakarta yang ditulis pada tahun 1970. Masjid ini juga dilengkapi oleh bermacam fesiliti seperti pendidikan mulai dari playgrup, TK, SD, SMP & SMA, perpustakaan yang lengkap dan fesilti lain seperti aula dan ruang pertemuan, ruang kelas dan ruang-ruang pejabat.

Meh tengok apa yang kami dapat rakamkan...rasa sungguh tenang dengan hiasan langit yang indah dan sejuk mata memandang...perasaan gembira ..


Siang...pukul 12.00 tengahari





Macam nak pegang aja kubah nih...




















Selepas dari sini kami jalan-jalan dulu ke Bandar Pekan Baru..kemudian akan ke sini balik untuk Solat Asar.

Asar 





Maghrib

Subahanallah..cantiknya....ini Bari yang capture masa tu..



Bahagian dalam masjid nih....






Berkesempatan Solat Maghrib  berjemaah ..suara Imam Masjid ini sungguh menyusuk kalbu..Alhamdullilah...




Tabuk



Kami keluar selepas Solat Maghrib..menikmati keindahan Rumah Allah ini dengan pancaran sinar lampu ..sungguh cantik..warna keemasan..lama juga kami di sini..






Alhamdullilah..Thank You Allah




No comments:

Post a Comment