Thursday 28 July 2016

Pekan Baru - Anjungan Seni Idrus Tintin , Pasar Bawah dan Gedung Juang 45 Riau

Nah..Tiba di Pekan Baru, Riau..


Masa saya tiba di Bandara  Sultan Syarif Kasim II, saya disambut oleh  Uly dan pemilik  Syarikat Pesona Jejak Wisata Encik Subari. Selepas meninggalkan bandara kami terus menuju ke Pekan Baru..tengok-tengok pekan. Hajat dihati hanya ingin jalan-jalan timba ilmu secara tidak langsung sambil menjejak kisah-kisah Kesultanan Melayu terdahulu.







Pasar Bawah Pekan Baru





Yang ni memang banyak...gila tengok..hahahahaha..murah la dari KL..tak la beli..cuma i beli songket Tenun Pekan Baru 2 pasang..telekong banyak cantik-cantik..tapi i tak beli sebab next trip ke Bukit Tinggi..Uly kata lebih murah di sana.


Antara Shopping Mall dan persekitaran yang ada 







Anjungan Seni Idrus Tintin (Astaka Musabaqah), Pekan Baru

Terletak di Jalan Sudirman merupakan ikon baru Pekan Baru dengan elemen seni bina dan ciri-ciri kemelayuan. Sekali pandang macam istana.






Bila petang akan ada stall macam ni berniaga dan orang berkumpul lepak-lepak. Ada macam-macam makanan..




Kami lepak sini minum air tebu dan makan sate..menarik jugak..air tebu tu manis sesangat..fuh..boleh potong kaki..huhuhu..



Sementara makan Bari mula bercerita tentang Kesultanan Riau dari kisah Srivijaya, Majapahit, Gajamada, Puteri Dua, Megat Sri Rama, Palembang, Minangkabau, Pagar Ruyung dan macam-macam kisah tentang Siak dan lain-lain. Kalau la dari sekolah dahulu saya dibawa melawat tempat-tempat ni..mau subjek Sejarah superb..hahahaha...wow!! memang intresting...termanggu saya...sebab mula ingat datang sini for jalan-jalan aja..Insya Allah ..saya akan lebih banyak tahu mengenai Pagar Ruyung bila masa saya ke sana November nanti. Nantikan slot yang itu akan datang.macam salah ambih research la..patut buat research sejarah ..hahahaha..yang menarik saya mengkaji fakta nombor.




Gedung Juang 45 Riau

Lepas tu kami menuju ke sini pulak..sedikit kisahnya..

Gedung  Juang 45  merupakan muzium perjuangan yang terletak di Jalan Jenderal Sudirman, tidak jauh dari Bandara Sultan Syarif Kasim II. Di tempat ini boleh la tengok  berbagai benda bersejarah dan cerita-cerita perjuangan masa lalu. Dulunya tempat ini juga dijadikan Pusat Pendidikan Politik yang dikenal sebagai Asrama Angkatan Baru Indonesia. Ada pegawai di situ jemput masuk tapi macam kat luar aja.







Balik i tido di sini....i book dengan Agoda IDR 229,999.00 semalam..berjuta-juta nih..well!! nice hotel i like it...room no pun cantik..sebelum tu kami solat Asar dan Maghrib berjemaah di Masjid An Nur...nak tau kisah..tunggu slot page Masjid Raya An Nur.


Alhamdulillah...
Thank You Allah menemukan saya dengan 2 kenalan baru yang baik budi.

Nak promo la nih..sapa-sapa nak ke Bukit Tinggi, Padang, Pekan Baru hingga ke Siak boleh lah contact Subari atau Pesona Jejak Wasita blogspot.  Insya Allah depa ni provided best services..i dah book depa for my trip to Bukit Tinggi, Padang dan Pagar Ruyung somewhere in November nanti.



















No comments:

Post a Comment