Tuesday 5 July 2016

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1437H



Dari Meja Pengarang



Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh

Alhamdulillah  dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT  kerana dengan limpah perkenan dan izinNya,  dapat kita bersama-sama meraikan  Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,  maaf zahir dan batin  kepada semua Muslimin dan muslimat yang di mana jua berpijak di bumi Allah ini. Semoga kalian semua diberkati Allah S.W.T.

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai kemenangan bagi mereka mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.  Kemenangan ini bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari  di bulan Ramadan,  tetapi kemenangan menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang.

 Di Aidilfitri inilah  kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara kita. Ambillah peluang ini  untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

Lemah gemalai tuan puteri
Berkain cindai cantik sekali
Pohon kemaafan di Aidilfitri
Moga ukhuwah kekal abadi


Wabillahitafik Walhidayah  Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh

Ukwah itu bukannya indah kerana pertemuan tetapi ingatan kita terhadap saudara dalam doanya - Imam Al Ghazali.




No comments:

Post a Comment