Friday 2 December 2016

Jalan-jalan malam @ Bukit Tinggi


Sini Maghrib awal  walaupun  1 hour lewat dari KL dan cepat gelap...I keluar sorang-sorang sebab dekat cross the road aja kawasan Jam Gadang tu...cuaca nyaman sungguh...sesekali sejuk jugak... Ok jom tengok apa i cari dan beli.





Lintas jalan aja...jalan 5 minit dah sampai...ada jugak orang busking di tepi jalan-jalan macam ni...tapi hari ni macam tak ada pulak.


Kul 7 petang dah golap.


Ada macam-macam jenis ice blanced....Boleh minum kat sini. I beli copicino ice blanced pack...RP2,000 per pack...banyak jugak i beli..mocha tak ada la pulak..lain tu biasa-biasa aja .....kat sini orang minum mocha, copicino dan lain-lain tu tepi jalan aja...melambak orang jual..murah aja RP5,000 yang dah siap.


Finally, i jumpa Mukena yang dicari...Alhamdullilah dapat murah...pastu i beli fridge magnet dan brooch batu kristal gantung buat kenangan berada di Tanah Minangkabau nih...sini tak yah risau nak tukar duit sebab boleh berurusan dalam RM.


Dah ronda-ronda tengok bagai-bagai i pun balik ke hotel...kat sini tepi-tepi ni banyak orang jual macam-macam...so disapa oleh orang ni untuk buat inai di tangan...katanya murah aja Kak..mari la cuba...oleh kerana berkali-kali dia mengajak jadi i pun duduk la di hadapan dia. Jadi i pun cakap la dengan dia ...i tak minat conteng tangan nih sebab kalau di Malaysia ada perayan dan perkahwinan aja...dan suka tangan nampak serabut....Mamat ni yang dienali sebagai Baron ni kata ...tak apa kak..kita bual-bual aja...so mula la i temuramah dia bagaimana boleh dia meniaga di sini...RP35,000 sekali buat dan sehari lebih kurang 10 - 15 orang dari pukul 6 petang hingga 10 malam...asasnya dulu dia belajor buat tatoo di tempat lain  lepas tu balik ke Bukit Tinggi untuk buka biz nih...selain tu dia ambil tempahan kalau ada majlis-majlis atau sebagainya.





Sini pun ada kafe tapi rasa macam dah kenyang...ingat nak tido aja.



Esok pagi-pagi nak bertolak ke Padang kalau tak jem teruk dari Bukit Tinggi ke Padang. I belum ronda Padang lagi. Sempat kot ronda sebelum flight.

Selamat Malam Bukit Tinggi.



No comments:

Post a Comment