Friday 2 December 2016

Percutian Sambil Mengembara Ke Sumatera Barat

Catatan dari KLIA2...

Hari ke 5 cuti hari ni...i ada lagi 15 hari ...hmmm!!...lamanya  tapi mengikut aja apa yang dirancang sejak April lalu...semua cuti disusun kemas sebab tak mahu ada rasa kosong dan tidak terisi...nanti bosan pulak...Alhamdullilah assignment part II dah settle so dah boleh hoyei! hoyei!dan yang lain nanti balik dari cuti la buat...kena kosongkan minda dan  kepala ni...akan ku tinggalkan segala resah, perasaan marah atau apa-apa yang terbuku di hati di sana nanti..akan ku campakkan ke laut bior jadi batu macam si Malin Kundang hahaha.. .mencari ilmu bukan hanya di buku aja melalui pengembaraan.

Seperti biasa i pegi sorang...hahahaha...mencabar diri ni sekali lagi...setelah explore Sumatera Timur pada 2 bulan yang lalu...jelajah kali ini akan diteruskan sebelah barat pulak....Insya Allah pada Mac tahun depan akan ke bahagian selatan pulak ke tempatnya sejarah bertapak Parameswara...Mr Parameswara...tunggu aku datang!!


Awal pagi i dah sampai kat KLIA2 nih ..flight tengahari. Ok lepak-lepak tengok instragram ..update blog dan ronda-ronda...hahahaha.




Kali ni bercuti ke Sumatera Barat...tiket dah beli lama dah after i grab free seat ..hahahaha...booking tengah-tengah malam so return tiket all in tak sampai RM300.00...apa yang buat kehidupan Cik Mai menarik..Alhamdullilah...rezeki selalu dapat tiket murah dan dapat mengembara negara orang..travel with budget!! Biasa i beli aja tiket dulu then baru i planning nak ke mana...then i set my cuti...then declare cuti awal-awal....Insya Allah setelah buat Travel Budget, Travel Planning, survey, travel mapping and planning akan sampai ke Padang, Bukit Tinggi dan Payakumbuh yang terletak di Daerah Lima Puluh Kota. 

Kepada sapa-sapa yang tak tau mana Payakumbuh...ini ada peta. I pun tak tau tempat nih sebab dulu tak study geografi.





Korang tau tak..sangat-sangat teruja rasanya nak melawat tempat lagenda si Malin Kundang tu..kalau di sini Si Tanggang kan..kalau zaman Sharifah Aini dulu..wayang Hapuslah Air Mata Mu...lepas tu rasa bangga sangat-sangat kerana nak mencecahkan kaki ke Istana Basa Pagaruyung...masa itu aja akan i tau apa perasaan ini... yang mana satu ketika dulu merupakan termahsyur dan kaya dengan adat Melayu lama.

Tentunya ingin melihat Lembah Harau yang telah diwar-warkan oleh pengembara bahawa antara lembah yang tercantik dan unik  di Kepulauan Indonesia...menurut catatan yang dirujuk...kawasan ini dikelilingi oleh batu kapur setinggi 500–800m dan menjadikan lembah yang subur dan pilihan dunia untuk aktiviti lasak, panjat gunung dan bersepah air terjun di sana sini ...dengar aja dah menarik...i hope  i’ll see it clearly infront of my eyes...melihat alam ciptaan Allah...Habluminalllah...Hablumninanas dan Hablumminal Alam...3 elemen yang akan ku gabungkan dalam satu masa.

Selain itu...selain dikatakan udara di Bukit Tinggi nyaman dan barangan yang murah...teringin nak tengok danau-danau yang biru ..itu pun kalau la sempat dan jangan tak tau...kat sini ada Great Wall ala China...Harap dengan adanya kawan-kawan ni yang sedia menanti di sana nanti dapat melihat-lihat apa yang sempat.

Pergembaraan i kali ini akan ditemani oleh kawan-kawan yang ada di sana yang telah i kenali mereka sebelum ini. Terima kasih sebab mereka telah memberikan persetujuan untuk membawa i ke kawasan-kawasan ini nanti dan another terima kasih kerana meluangkan masa untuk i sebab bercuti in week days.

Tak sabar i nak fotokan semuanya dan kongsikan pengalaman itu dengan kawan-kawan.

Ok...time up...ready to fly.

Ya Allah selamatkan perjalananku dan permudahkan urusanku..sesungguhnya perjalanan ku ini untuk mencari ilmu kehidupan yang bermanafaat untukku jadikan panduan dan ingatan dalam hidup ini agar sentiasa mengingatiMu dan mengkagumi alam ciptaanMu serta KebesaranMu ....Amin.




Selfie dan wasap pada Subari di Padang...nanti senang depa nak cari kat airport.







No comments:

Post a Comment