Saturday 3 December 2016

Pakej Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd @ Desa Pandan, KL


Rabu

I bukan buat promo untuk syarikat ni tau... ni cuma nak sambung citer lanjutan dari i ronda-ronda tadi.. ...tapi kalau ada sapa-sapa yang menbaca page ini dan tiba-tiba hasrat hati untuk pegi... Alhamdullilah...Amin.

Dari Shah Alam i terus ke sini...rupanya dah pindah pejabat...lagi besor...dulu my first trip umrah Mac 2011, masa tu dalam conctruction sekeliling Masjidil Haram. Masa tu i ikut TM Tour & Travel....saja menjenguk ke sini nak tau lebih lanjut pasal umrah next year. I memang bercadang untuk Mei 2017 sebab cuti ada banyak pada end Mei tu nanti. I suka travel merata-rata tapi i tak pernah lupa nak ke sini ...Insya Allah.



Pejabat baru 


Lepas tanya-tanya soal jawab i pun balik sebab i nak baca booklet company ni dulu..if ok esok i datang bayor deposit...walaupun lambat lagi i tak nak lengahkan supaya i ada rasa satu tanggungjawab yang harus ditunaikan. Errr..jangan tetiba ubah fikiran udah la...pi travel lain pulak...banyak travel best-best dalam nih....hahahaha. Astagfirullahalazim.



Sampai kul 10.00 malam baca dah pahamkan isi kandungannya..tu i dah tanda macam-macam dalam buku nih...ingat nak ambik ziarah sekali...macam best jugak......let Allah decide for me esok dan tengok esok pagi  apa kata Allah.


I nak cari end May...hmmm....banyak yang umrah dan ziarah tak sampai Mei...kalau ada pun tak dapat sambut awal Ramadhan di Mekah. Tahun depan i dah boleh pegi sorang. Alhamdullilah..Nak daftar katanya bawak cash RM300.00 nanti full payment 2 bln dari tarikh penerbangan.



Macam best aja yang nih...huhuhu.


Hmmm..ini pun ok...termimpi-mimpi nak sampai ke sini.


One day ..Insya Allah sampai sini...kena kumpul duit dulu.


Ni pun...planning for hari jadi tahun bila lak ??? hahaha.



Banyak pakejnya berpinor mata baca but memang bagus la cara dia buat booklet ni...boleh buat reference untuk travel-travel akan datang dan mana-mana nak pegi.



Next day.......Khamis...meh tengok apa jadi...


Dah namanya cuti lepas subuh tido la balik...hahahaha...macam best aja cuti nih....then dah cerah bangun dan i terus decided ke Desa Pandan untuk register. Hajat hati nak pegi ziarah tapi oleh kerana tak ada orang daftar lagi untuk ziarah so i decided tak mahu ambil risiko dan terus memilih penerbangan pada tarikh **** ....semoga hasrat murni ni diizinkan Allah dan akan menjadi sekali lagi tetamu Allah S.W.T di Bumi Ambiya. Sebelum ni memang la berhajat tetapi banyak pekara menjadi kekangan.  Hmmm kena simpan duit la nih. Kena block travel-travel dah nih...kena jimat-jimat. 

Pegawai syarikat ni bagi tau...ni la antara hotel-hotel yang biasa...tapi nanti depa susun. biasanya jarak 100m aja dari masjid. i kata tak kisah la...mana-mana pun boleh janji di Mekah. Katanya biasanya Hilton Tower dan Elaf Kinda.





Alhamdullilah ...Thank You Allah







No comments:

Post a Comment